SAYANGKU CASPER-MAZNI AZNITA

Sayangku casper-mazni aznita

Cinta pertama adalah keramat di hati…
Rindu pertama adalah penamat di jiwa…
‘is love supposed to last throughout all time…
Or is it like trains changing at random stops?’
Tia adilla gadis yang sering di buli emak dan kakak tirinya. Demi amanat si ‘granny’, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelie de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat daddynya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adila mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adila yang penuh dengan kejutan, kebahagian dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin.
Zaman moden macam ni pakai prepaid lagi ke? Miskin betul! Tinggal seringgit pulak tu. Nak buat calling macam mana ni?- Tengku Rafique.
Tia Adila terpanar. Panas hatinya mendengar kata-kata lelaki itu. Ingat aku ni sengkek sangat ke? Tolong sikit ya! Kalau semua penculik-penculik di Kuala Lumpur kenal siapa ayah aku, berderet-deret mereka semua nak menculik aku untuk menuntut tebusan. Masa tu baru kau tau. - Tia Adila
Jangan-jangan awak sengaja,kan? Campur yang ini dah tiga kali awak jatuh atas saya. Saya ni lelaki,bukannya malaikat. Kalau lagi sekali awak buat macam ini, saya rasa saya kena kahwin dengan awak. –Tengku Rafique

Note: sangat suka dengan kulit novel ni…sngt cute n       comel hehehe…jalan citer juga ringan n penulis ni mmg pandai buat pembaca tersilap meneka endingnya…tidak sangka jangkaan yang ak buat tersilap bila baca hingga ke noktah yang terakhir…gud job writer..novel ni juga sesuai untuk bacaan remaja yg msh d bngku Sekolah kerana tdk bnyk elemen cinta yang dimasukkn..selain itu kita juga boleh blajar bahasa perancis sebagai bonus..…je t’aime…<3<3
(buku prima)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: